|
Articles
|
|
Tuesday, 27 May 2008 16:00 |
Anda boleh dipenuhi oleh Roh Kudus sekarang juga, jika anda:
Benar-benar rindu untuk dipimpin dan dikuasai oleh Roh Kudus.
(Matius 5:6; Yohanes 7:37-39)
Read more...
___________________________________________
Browse Artikel2 sebelumnya
Mengakui segala dosa-dosamu.
Dengan iman, bersyukurlah kepada Tuhan kerana anda telah memiliki pengampunan dosa -- baik yang dilakukan dahulu, sekarang, mahupun pada masa yang akan datang, kerana Kristus telah menyelesaikannya di atas salib.
(Kolose 2:13-15; I Yohanes 1; 2:1-3; Ibrani 10:1-17).
Menyerahkan semua segi kehidupan kepada Tuhan
(Roma 12:1, 2).
Dengan iman mintalah supaya anda dipenuhi oleh Roh Kudus. Ingatlah kedua-dua hal berikut:
1. Perintah-Nya:
Hendaklah kamu dipenuhi oleh Roh Kudus
""Janganlah kamu mabuk oleh anggur kerana anggur menimbulkan hawa nafsu, tetapi hendaklah kamu penuh dengan Roh."" (Efesus 5:18)
2. Janji-Nya:
Tuhan mengabulkan doa kita apabila kita berdoa sesuai dengan kehendak-Nya.
""Dan inilah keberanian percaya kita kepada-Nya, iaitu bahawa Ia mengabulkan doa kita, jikalau kita meminta sesuatu kepada-Nya menurut kehendak-Nya. Dan jika kita tahu bahawa Ia mengabulkan apa saja yang kita minta, maka kita juga tahu bahwa kita telah memperoleh segala sesuatu yang telah kita minta kepada-Nya.""
(I Yohanes 5:14-15)
|